Supertots Supersquad animasi Malaysia pertama guna teknik Hybrid Motion-Capture

0 comments


Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.

Supersquad The Movie adalah berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

Animasi Seefood Setaraf Filem Animasi antarabangsa

0 comments
Seefood, sebuah filem animasi terbitan Silver Ant Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. merupakan salah satu hasil kerja anak muda tempatan yang patut dibanggakan.

Selain berjaya menghasilkan kualiti grafik bertaraf antarabangsa, filem yang sudah banyak kali dipertikaikan ejaan Seefood yang sebenarnya bermaksud seeing food itu memaparkan jalan cerita yang sarat pengajaran serta amat sesuai buat tontonan si cilik.

Filem animasi arahan Goh Aun Hoe itu juga telah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Malah, menurut Aun Hoe lagi filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia itu mengekalkan usaha 100 peratus bakat tempatan.

“Filem ini memakan masa selama lebih dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya manakala kajian yang dilakukan untuk Seefood juga mengambil masa yang panjang iaitu hampir sepuluh tahun.

“Sebab filem ini lambat dikeluarkan adalah kerana masalah kewangan. Selain sukar untuk mendapatkan bahan mentah dan tenaga kerja yang bermutu, kami perlu sentiasa memantau kualiti yang bakal dihasilkan,” katanya yang ditemui ketika sidang akhbar dan sesi tayangan perdana filem animasi Seefood di Cineleisure, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Animasi Malaysia | seefood
By GilerAnimasi  |  View on Facebook


Animasi Malaysia | seefood
By GilerAnimasi  |  View on Facebook


Seefood mengisahkan tentang pengembaraan seekor jerung bernama Pup dan sahabat baiknya Julius ke daratan apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram dari perairan.

Sebalik Tabir Keluang Man

0 comments



Masih ingat kah anda dengan filem animasi popular keluaran tempatan pada tahun 1999, Keluang Man. Keluang Man merupakan filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan sebelum filem animasi Upin dan Ipin sekarang... tidak dapat dinafikan filem animasi superhero Keluang Man ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, Batman.. tetapi plot-plot filem animasi Keluang Man lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat Malaysia... di dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kartun Keluang man ini... teringat zaman kanak-kanak dulu macam mana setianya dengan Keluang Man, tak pernah 'miss'.... Keluang Man sangat popular ketika itu.. aku minat gila kartun ni.... bagi aku, Keluang Man filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia.... pada masa itu, walaupun filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya tetapi Keluang man tetap menjadi pilihan... aku rasa mungkin penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Keluang Man.. ye la, filem animasi barat kan guna Bahasa Inggeris, aku tak faham sangat BI ni dulu.. kat rumah aku tak speaking.. tapi kalau tengok Keluang Man...siap boleh hafal dialog dan lagunya sekali hehehehe

Animasi 3D Upin & Ipin Terus Kekal Sebagai Contoh

0 comments

Kalau dahulu mungkin dunia animasi di Malaysia tidak semeriah sekarang. Kalau dahulu, mungkin ada anak-anak yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang animator tetapi disanggah oleh ibu bapa masing-masing. Mungkin……Masing-masing belum nampak potensi yang ada industri animasi yang ada pada masa itu di Malaysia. Tetapi……..

Anime Hang Tuah bakal ditayangkan

0 comments

Finas setuju Gonzo Animates jepan keluarkan anime hang Tuah
By GilerAnimasi  |  View on Facebook

Sebuah anime berdasarkan Hikayat Hang Tuah 5 sekawan yang telah menjadi cerita rakyat Malaysia bakal dijadikan naskah dalam bentuk animasi 2d.

bila sebut "Anime" ramai yg akan paham "Kartun Jepun".
bila sebut "Anime Hang Tuah" ramai yg akan paham "Kartun Hang Tuah tempatan".
mungkin antara kita akan tertanya "Boleh ke lawan anime jepun?"