Animasi 3D Upin & Ipin Terus Kekal Sebagai Contoh


Kalau dahulu mungkin dunia animasi di Malaysia tidak semeriah sekarang. Kalau dahulu, mungkin ada anak-anak yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang animator tetapi disanggah oleh ibu bapa masing-masing. Mungkin……Masing-masing belum nampak potensi yang ada industri animasi yang ada pada masa itu di Malaysia. Tetapi……..



Selepas zaman Tun  Dr. Mahathir yang menekankan teknologi maklumat sehingga terlahirnya Multimedia Super Koridor yang sekarang ini diibarakan sebagai “gajah putih”. Betapa pesatnya teknologi maklumat pada masa itu, sehinggakan tempat belajar mengenai multimedia tumbuh bagaikan cendawan. Ada yang buka kolej dan ada juga penubuhan universiti multimedia. Kalau dahulu kartun yang popular dikalangan kanak-kanak  seperti Usop Sontorian atau Kluang Man.

Biasanya RTM contohnya akan bayar sekitar RM45,000 untuk satu episod kartun 3D. Kalau 2 D pula hanya RM40,000. Kemudian, RTM akan memberikan kepada konsortium-konsortium yang akan “menguruskan” pemberian tender kepada syarikat-syarikat animasi di Malaysia. Itu kebiasaan yang berlaku……Konsortium akan “makan” RM20,000 sebagai bayaran nilai airtime di RTM. Jadi bakinya berapa sekarang? Okey….RM25,000 sebagai bayaran untuk satu episod kartun tempatan. Dahla…tinggal itu sahaja bakinya, diberikan pula kepada individu yang nak  makan duit atas angin, goyang-goyang kaki, dia akan SUB TENDER lagi kepada orang-orang yang memerlukan projek (ini namanya syarikat terdesak). Erm…….tolak lagi RM10,000.

RM15,ooo? Nak bayar gaji bos, bayar gaji editor, bagi gaji animator, dan lain-lain. Hasil animasi yang berjaya dihasilkan, mutu dan kualitinya bagaimana? Erm…………Jikalau di negara luar, industri animasi dah boleh memberikan pulangan besar kepada syarikat animasi. Ini semua perlu diubah kalau mahu industri animasi terus berkembang pesat. Kenal Hasan Mutalib? Hasan Mutalib ini merupakan Melayu Pertama buat animasi tentang “Sang Kancil dengan Buaya” pun pernah mengatakan, bunyinya begini :
“Kadar harga animasi di Malaysia adalah rendah, dahla…rendah ada “tangan-tangan” yang merendah-rendahkan lagi harganya”


Argh……dah jauh saya terlajak. Niat tadi nak cerita perkembangan satu lagi animasi 3D Malaysia yang sekarang ini semakin berkembang dan popular dikalangan peminat animasi di Malaysia mahupun di Indonesia iaitu Upin dan Ipin. Baru-baru ini sebuah syarikat antarabangsa yang merupakan Wyeth Nutrition telah memilih watak dari Upin dan Ipin sebagai duta mereka yang baru sebagai produk mereka bagi susu formula untuk nutrisi kanak-kanak, “Progress & Promise”

“Progress & Promise” adalah dua formula bagi susu kanak-kanak yang telah berada di pasaran Malaysia untuk tempoh 10 tahun lamanya dan sekarang mereka ingin mempromosi dan mendekatkan produk ini bersama dengan pengguna melalui bantuan watak Upin dan Ipin sebagai duta baru mereka.



0 comments:

Post a Comment