Supertots Supersquad animasi Malaysia pertama guna teknik Hybrid Motion-Capture



Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.

Supersquad The Movie adalah berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

" Filem supetsquad mengisahkan 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan yang terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka Aaron, Apabila bumi diserang oleh makluk asing. Pengembaraan mereka menjadi kelam kabut apabila kapal mereka terhempas dan supersquad terpaksa berteduh disebuah kampung serta menyamar menjadi kumpulan rock kapak agar tidak dikejar oleh orang kampung. Untuk melengkapkan Supersquad, watak sasha dan Bling mengkalutkan lagi pengembaraan mereka.

Pelakon-pelakon terkenal seperti Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan akan menerajui watak utama Supersquad The Movie.

Diana dan Dafi sedang kusyuk membaca script sebelum masuk 'recording room'.



Elly dan Laksamana Aaron !
Aaron dan Diana selepas rakaman VO untuk Supertots Supersquad The Movie
Abang Aaron Aziz tengah feel baca script






0 comments:

Post a Comment