Supertots Supersquad animasi Malaysia pertama guna teknik Hybrid Motion-Capture

0 comments


Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.

Supersquad The Movie adalah berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.